Friday, August 14, 2009

PRK Pematang Pasir Hadiah Untuk Najib

0 comments
DS Najib dijangka mampu membawa kemenangan kepada BN


Tidak lama lagi pilihanraya kecil di DUN N11, Pematang Pasir akan diadakan. Yang nyatanya BN telah meletakkan calon dari golongan muda dan berpendidikan. Sedangkan khabarnya PAS akan melatakkan Mat Sabu sebagai calon. Ada khabar angin menyatakan bahawa perselisihan pendapat diantara PAS dan PKR akan membuatkan PKR juga akan meletakkan calonnya.

N11 Pematang Pasir adalah dalam Parlimen Pematang Pauh yang mana AP nya adalah DS Anwar Ibrahim. Ada yang berpendapat jika ada pertandingan 3 penjuru diantara BN, PAS dan PKR, maka PKR dijangka akan mendapat kemenangan mudah. Bagaimanapun, berdasarkan trend pengundi dan kesedaran rakyat kebelakangan ini adalah dijangkakan bahawa BN akan mampu mencapai kemenangannya pada kali ini.

Ini juga kelak akan dijadikan sebagai hadiah kepada DS Najib Perdana Menteri Malaysia bersempena pentadbiran beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 dan juga sebagai hadiah sempena menyambut kemerdekaan Malaysia ke-52 kelak. Semoga rakyat Pulau Pinang khususnya Pematang Pasir akan berani membuat perubahan ulung kepada senario politik tanah air.

Monday, July 13, 2009

Manik Urai

0 comments

Semoga BN Menang

Selamat Mengundi

0 comments

Selamat mengundi kepada pengundi Pilihanraya Kecil Kecil Manik Urai.
hari ini 14hb. Julai, 2009.
 

wiramanis Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template